Kelas Nadi Mahir Foto (Minggu 9): Suntingan Gambar Dalam Fotografi
10 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mac 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Foto pada minggu ini adalah Suntingan Gambar Dalam Fotografi. Tenaga pengajar memberi penerangan proses dan teknik suntingan gambar, aplikasi editing popular dan peserta diberi sesi praktikal suntingan gambar iaitu menghilangkan jerawat. Dalam kelas tersebut, peserta diberi penerangan bagaimana cara untuk sunting gambar secara betul dan hasil suntingan gambar yang diuat menjadi cantik.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: