WEBINAR NADI X CYBERSECURITY (Deepfake & AI Scam – Bila Muka dan Suara Anda Dipalsukan)

10 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 9 JULAI 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar NADI X Cyberecurity 2026. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pada 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Webinar ini memberi pendedahan tentang ancaman teknologi Deepfake dan penipuan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang semakin canggih. Peserta didedahkan kepada cara teknologi AI boleh memalsukan wajah, suara dan video seseorang sehingga kelihatan seolah-olah benar, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai bentuk jenayah siber seperti penipuan kewangan, penyamaran identiti, pemerasan serta penyebaran maklumat palsu.

Selain itu, webinar turut menerangkan teknik yang digunakan oleh penjenayah siber, tanda-tanda untuk mengenal pasti kandungan Deepfake, serta langkah-langkah pencegahan seperti membuat pengesahan identiti melalui saluran rasmi, tidak mudah mempercayai panggilan atau video yang mencurigakan, melindungi data peribadi, dan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan digital.

Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan kompetensi keselamatan siber. Mendapat ilmu terus daripada pakar industri sebenar. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali