Webinar E- Sport – Peraturan/Penalti/Fair & Play
9 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mac 2026, telah berlangsung webinar E-sport. Webinar ini berlangsung pada jam 1:00 petang sehingga 2:00 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Tujuan webinar dijalankan adalah untuk memberi maklumat dan pengetahuan kepada para peserta berkenaan peraturan, penalti dan fair & play dalam permainan e-sport. Dengan adanya webinar E-Sukan ini, golongan remaja dapat mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial yang negatif. Selain itu, dapat membuka peluang dan bidang kerjaya yang baru. Webinar ini juga diharap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: