Taklimat Nadi Mahir Pengambilan Sesi Ke-4
5 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 04 Julai 2026, telah berlangsung taklimat bagi Program NADI Mahir Pengambilan Sesi Ke-4 secara atas talian. Program ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Taklimat ini peserta diberi penerangan berkenaan dengan kursus yang dianjurkan bagi NADI Mahir Sesi Ke-4. Terdapat beberapa program baru yang diwujudkan dalam siri kali ini seperti Kelas Mahir Prompt dan Kelas Microsoft. Dalam taklimat tersebut, penganjur juga menerangkan berkenaan jadual kelas mahir yang boleh peserta dipilih oleh peserta mengikut kelas yang didaftar dan mengikut kesesuaian hari dan masa yang mereka inginkan. Selain itu, peserta juga diberi penerangan kelebihan jika mengikuti program ini.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: