Kelas Nadi Mahir Masak Minggu 8 (Dessert)

4 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mac 2026, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah praktikal pembuatan dessert. Menu dessert yang dibuat bagi kelas mahir sesi ini adalah cream puff dan portugese egg tart. Tenaga pengajar mahir menunjukkan cara mengendalikan doh dan cara membuat filing dessert. Seterusnya, tenaga pengajar menerangkan kelas mahir untuk minggu seterusnya iaitu kek dan dekorasi. Akhir kelas peserta dikehendaki membawa bahan-bahan untuk kelas minggu hadapan.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali