Short Learning Series Nadi Mahir Ayam Inchae Kay Bin Dan Cucur Bawang Istimewa Bersama Chef Florence Dan Cikgu Ros
29 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Julai 2026, telah berlangsung Siri Pembelajaran Ringkas Mahir Masak secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Siri ini adalah pembelajaran secara ringkas oleh chef jemputan Chef Florence dan Cikgu Ros yang menyediakan resipi Ayam Inchae Kay Bin yang lazat serta Cucur Bawang Istimewa . Dalam kelas ini, peserta diberi penerangan teknik penyediaan resipi langkah demi langkah serta tips memilih bahan yang sesuai disamping mempelajari rahsia menghasilkan rasa yang lebih autentik.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: