MAHIR PROMPT ENGINEER MINGGU KETIGA – Pembangunan Laman Web Berasaskan Ai

28 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Mahir Prompt Engineer Minggu Ketiga – Pembangunan Laman Web Berasaskan Ai Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 Jam 30 minit, bermula pada 10.00 pagi hingga 11.30pagi .

Pada minggu ketiga, peserta mempelajari pembangunan laman web berasaskan AI menggunakan teknik prompt yang berkesan. Modul menerangkan konsep asas pembangunan web seperti front-end, back-end, API, UI dan UX sebelum menghasilkan laman web e-dagang yang responsif menggunakan HTML. Peserta didedahkan kepada penggunaan platform seperti Google AI Studio, Gemini dan Lovable untuk membina laman web profesional, chatbot pelbagai bahasa serta pangkalan data pelanggan. Selain itu, peserta mempelajari cara menghasilkan laman web agensi pelancongan lengkap dengan cadangan perjalanan, anggaran kos, jadual aktiviti dan maklumat penerbangan menggunakan AI. Modul turut menekankan kemahiran mengedit, menambah baik dan menerbitkan laman web serta menghasilkan bahan promosi kreatif melalui tugasan membina visual produk menggunakan teknologi kecerdasan buatan.

Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan mengembangkan hobi menjadi pendapatan. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali