Kelas Nadi Mahir Jahit Minggu 7 (Menggunting Fabrik)
26 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 Febuari 2026, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Jahit pada minggu ini ialah minggu ke-7 untuk pengambilan ke-3 tahun 2026. Minggu ini ialah Menggunting Fabrik untuk pembuatan Kurung Pesak. Cikgu menerangkan alatan dan bahan yang diperlukan untuk menggunting fabrik. Selain itu, peserta juga diberi penerangan cara mengukur dan memotong fabrik dengan betul serta ciri-ciri kurung pesak dan kain susun tepi.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: