Webinar Nadi X Cybersecurity – Cyber Hygine Series
26 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 Feb 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar NADI X Cyberecurity:- Cyber Hygine Series. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 jam, bermula pada 2.00 petang hingga 3.00 petang.
Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Webinar permulaan ini biasanya bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan siber di kalangan komuniti. Penceramah memberi penerangan kepada peserta cara menegenal pasti modus operandi scam terkini . Selain itu, peserta juga diberi tutorial semak dan kenalpasti lirik dan nombor scammer. Peserta juga dikehendaki membuat latihan ringkas yang diberi semasa webinar. Menggalakkan penyertaan generasi muda dalam membangunkan ekosistem keselamatan siber negara.
Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan kompetensi keselamatan siber. Mendapat ilmu terus daripada pakar industri sebenar. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: