Kelas Nadi Mahir Masak Minggu 7 (Pembuatan Pizza)

25 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Febuari 2026, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah praktikal pembuatan pizza. Antara menu pizza yang dibuat adalah hawaiian pizza, beef pepperoni pizza and beef pizza. Selain itu, tenaga pengajar juga menerangkan pelbagai jenis pizza yang boleh dibuat oleh peserta. Guru mahir menunjukkan cara meletakkan topping pizza dan cara membakar pizza yang betul dan hasil pizza yang menarik. Seterusnya, tenaga pengajar menerangkan kelas mahir untuk minggu seterusnya iaitu pembuatan dessert. Akhir kelas peserta dikehendaki membawa bahan-bahan untuk kelas minggu hadapan.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali