Webinar Nadi X Wellbeing – Iftar Dan Sahur

25 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Febuari 2026 , telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Iftar dan Sahur secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Tujuan webinar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti bagaimana cara pengambilan makanan yang berkhasiat ketika berbuka puasa dan sahur. Penceramah turut menerangkan makanan dan minuman apa yang perlu dimulakan dahulu ketika berbuka puasa dan makanan apa yang baik diambil ketika bersahur supaya kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

Dengan adanya webinar atau program seperti ini, ianya dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti setempat dengan lebih kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali