Kelas Nadi Mahir Foto (Minggu 7): Asas Fotografi Lighting, Outdoor Natural Light (Side Light, Back Light, Silhouetting, Front Light Etc)
24 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 Febuari 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 prtang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Foto pada minggu ini asas pencahayaan dalam fotografi, cahaya semula jadi iaitu pengunaan lampu sisi belakang, lampu sisi, silhoueting, lampu hadapan dan pelbagai lagi. Dalam kelas tersebut, peserta diberi penerangan bagaimana untuk mengambil gambar dengan pencahayaan yang baik dan cara mendapatkan hasil gambar yang cantik. Pengajar juga memberi pendedahan kepada peserta waktu yang terbaik untuk mengambil gambar menggunakan cahaya semula jadi.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: