Mahir Prompt Engineer Minggu Kedua – Ai Untuk Penghasilan Kandungan Media Sosial
21 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Mahir Prompt Engineer Minggu Kedua – Ai Untuk Penghasilan Kandungan Media Sosial Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 Jam 30 minit, bermula pada 10.00 pagi hingga 11.30pagi.
Modul ini menerangkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan media sosial yang lebih kreatif dan berkesan. Peserta didedahkan kepada teknik menghasilkan kapsyen, poster, gambar dan video pemasaran menggunakan ChatGPT, Gemini serta Google Flow. Modul turut memperkenalkan formula AIDA, iaitu Attention, Interest, Desire dan Action bagi menghasilkan ayat promosi yang mampu menarik perhatian pelanggan serta mendorong tindakan pembelian. Selain itu, peserta mempelajari cara membina prompt yang jelas untuk menghasilkan imej dan video berkualiti tinggi mengikut keperluan jenama. Penggunaan AI dapat mempercepat proses penghasilan kandungan, meningkatkan kreativiti, memastikan penjenamaan lebih konsisten serta membantu usahawan menghasilkan bahan pemasaran digital yang profesional, menarik dan berkesan di pelbagai platform media sosial.
Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan mengembangkan hobi menjadi pendapatan. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: