Kelas Nadi Mahir Masak Minggu 2 (Sop Penggunaan Mesin/Peralatan)
21 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2026, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah cikgu menerangkan SOP penggunaan mesin dan peralatan masakkan. Peserta juga diberi penerangan keselamatan dalam menggunakan peralatan masakkan di NADI. Seterusnya cikgu menerang topik untuk kelas minggu ke-3 iaitu pembuatan kopi dan moktail. Cikgu memberi resepi serta bahan yang perlu dibawa.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: