WEBINAR TINY TECHIES 2026 – Inovasi Robotik Siri 4

19 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar WEBINAR TINY TECHIES 2026 – INOVASI ROBOTIK SIRI 4. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama1 jam, bermula pada 10.00 pagi hingga 11.00 tengah hari.

Pembelajaran ini menerangkan penggunaan potentiometer dan Liquid Crystal Display (LCD) dalam Arduino. Murid mempelajari perbezaan antara input analog dan digital, membaca nilai pemboleh ubah daripada potentiometer, mengawal output berdasarkan input sensor serta menggabungkan LCD dengan potentiometer. Input analog menghasilkan nilai yang berubah secara berterusan, manakala input digital hanya mempunyai keadaan hidup atau mati. Contoh peranti analog ialah potentiometer, sensor suhu, LDR dan mikrofon, manakala peranti digital termasuk suis, LED, butang tekan dan sensor gerakan. Potentiometer berfungsi sebagai pembahagi voltan serta kawalan audio dengan mengubah rintangan untuk melaras voltan. Selain itu, LCD digunakan sebagai paparan nipis yang menjimatkan tenaga bagi memaparkan maklumat dalam pelbagai peranti elektronik.

Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan mengembangkan hobi menjadi pendapatan. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali