NADI MAHIR FOTO MINGGU PERTAMA– Pengenalan

17 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Program Kursus NADI Mahir Foto (Intake 4) telah memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai pelaksanaan kursus serta penggunaan Mahir Training System (MTS) sebagai platform pembelajaran utama. Sesi ini dikendalikan oleh Nur Azfarina Binti Sulaiman dan Mohamad Najib Bin Abd. Latib, yang berkongsi pengalaman serta memperkenalkan struktur kursus, jadual pembelajaran dan kaedah penyampaian modul. Peserta turut dibimbing tentang cara log masuk ke MTS, menukar kata laluan, menyertai kelas secara langsung, mengakses slaid dan rakaman video, menggunakan fungsi sembang serta merekod kehadiran dengan betul. Penerangan yang diberikan membantu peserta memahami penggunaan platform sebelum mengikuti modul fotografi yang lebih mendalam.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya menyediakan asas yang kukuh kepada peserta dari segi pengenalan sistem, pengurusan pembelajaran dalam talian dan persediaan mengikuti kursus secara lebih teratur serta berkesan.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali