NADI CARE: Bila Kerja Orang Jadi Kerja Kita: Dari “Tolong Sikit” Sampai Burnout

17 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2026 , telah berlangsung Webinar Bila Kerja Orang Jadi Kerja Kita: Dari “Tolong Sikit” Sampai Burnout secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Program Webinar Bila Kerja Orang Jadi Kerja Kita memberi penekanan kepada kepentingan sikap tanggungjawab, empati dan semangat kerja berpasukan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti. Peserta didedahkan kepada situasi di mana seseorang perlu membantu menyelesaikan tugasan di luar skop tugas demi memastikan operasi berjalan lancar dan pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik. Namun, program ini turut menjelaskan bahawa amalan tersebut perlu dilaksanakan secara seimbang agar tidak menimbulkan budaya bergantung kepada individu tertentu, pembahagian kerja yang tidak adil serta risiko keletihan atau burnout. Antara impak positif yang dibincangkan ialah peningkatan kerjasama, komunikasi, kepercayaan dan kecekapan organisasi. Manakala kesan negatif termasuk beban kerja yang berlebihan, konflik peranan, tekanan emosi serta kemungkinan prestasi kerja merosot jika tiada pengurusan yang baik. Secara keseluruhannya, program ini memberi kesedaran bahawa membantu rakan sekerja merupakan amalan yang terpuji, namun ia perlu disokong dengan pembahagian tugas yang jelas, komunikasi berkesan dan pengurusan organisasi yang adil bagi memastikan kesejahteraan pekerja serta kecemerlangan perkhidmatan dapat dikekalkan.

Dengan adanya webinar atau program seperti ini, ianya dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti setempat dengan lebih kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali