NADI CARE : Makan Udang Terus Bengkak ? Ini Tanda Alergi Serius

16 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2026 , telah berlangsung Webinar Nadi Care : Makan Udang Terus Bengkak?Ini tanda alergi serius secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 9:30 pagi sehingga 9:40 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Webinar ini memberi pendedahan mengenai alergi dan kesannya yang berbahaya jika tidak mendapat rawatan awal. Penekanan terhadap tanda-tanda atau simptom jika mempunyai alahan dan tindakan pantas yang boleh mengurangkan risiko terhadap orang yang mempunyai alahan.Selain itu, penceramah menekankan kepentingan mendapatkan pemeriksaan awal sekiranya mengalami simptom-simptom tersebut.

Dengan adanya webinar atau program seperti ini, ianya dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti setempat dengan lebih kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali