MAHIR PROMPT Engineer Minggu Pertama – Pengenalan
14 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 13 Julai 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Mahir Prompt Engineer Minggu Pertama – Pengenalan. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 17 minit, bermula pada 10.00 pagi hingga 10.17 pagi.
Modul ini menerangkan asas Kecerdasan Buatan (AI) dan Large Language Model (LLM) serta peranannya dalam membantu manusia menyelesaikan pelbagai tugasan dengan lebih cekap. Modul turut memperkenalkan istilah penting seperti Generative AI, Prompt Engineering, RAG dan Hallucination bagi meningkatkan kefahaman pengguna. Penekanan utama diberikan kepada Prompt Engineering, iaitu teknik menghasilkan arahan yang jelas menggunakan kaedah CTORE merangkumi konteks, tugasan, format output, peranan dan contoh. Selain itu, modul menekankan kepentingan tetapan privasi serta persona AI untuk memastikan penggunaan yang selamat dan berkesan. AI juga boleh membantu menghasilkan slaid pembentangan secara sistematik menggunakan pelbagai platform. Kesimpulannya, AI ialah pembantu yang meningkatkan produktiviti, namun hasilnya perlu disemak dan disahkan oleh manusia sebelum digunakan.
Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan mengembangkan hobi menjadi pendapatan. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: