Short Learning Series Nadi Mahir Masak Edisi Aidilfitri 2026 Bersama Chef Florence Tan
13 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mac 2026, telah berlangsung Siri Pembelajaran Ringkas Mahir Masak secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 11:30 pagi sehingga 12:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Siri ini adalah pembelajaran secara ringkas oleh Chef Florence Tan masakkan edisi aidilfitri iaitu menu rendang ayam dan kek coklat buah-buahan. Dalam kelas ini, peserta diberi penerangan bagaimana cara membuat rendang ayam dan cara membuat kek coklat yang sempurna untuk hidangan seisi keluarga. Sesuai untuk menambah seri menu Aidilfitri ini
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: