Kelas Nadi Mahir Jahit (Minggu 9); Menjahit Kain Susun Tepi

12 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mac 2026, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Jahit pada minggu ini cikgu menerangkan cara menggunting dan menjahit kain susun tepi. Selain itu, peserta turut diberi penerangan mengenai alatan dan bahan bagi menjahit kain susun tepi. Tenaga pengajar turut memberi penerangan mengenai bidanf dan ira kain serta penerangan mengenai pola kain susun tepi.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali