Short Learning Series Mahir Foto (Dari Smartphone Ke Spotlight: Journey Mobilegraphy)
12 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 11:30 petang sehingga 12:30 tengah hari di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus jangka pendek mahir foto kali ini membawakan jurugambar terkemuka Malaysia iaitu Encik Nuar Yusli dimana beliau adalah jurugambar dan juruvideo kepada pempengaruh terkenal iaitu Khairul Aming. Dalam kursus tersebut, beliau menceritakan bagaimana beliau boleh menterlibatkan diri dalam bidang jurugambar dan juruvideo. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mengambil gambar dan video yang cantik dan menarik. Beliau turut memberi penerangan bagaimana cara untuk menggunakan warna-warna yang sesuai bagi situasi gambar dan video.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: