Kelas Nadi Mahir Jahit Minggu 5 (Draf Pola Kurung Pesak)

12 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Febuari 2026, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Jahit pada minggu ini ialah minggu kelima untuk pengambilan ke-3 tahun 2026. Minggu ini ialah Draf Pola Kurung Pesak. Cikgu menerangkan alatan dan bahan yang diperlukan untuk mendraf pola. Selain itu, peserta juga diberi penerangan cara mengukur dan memotong fabrik dengan betul serta ciri-ciri kurung pesak dan kain susun tepi.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali