Kelas Nadi Mahir Masak Minggu 9 (Kek & Dekorasi)

11 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2026, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah praktikal pembuatan kek sponge dan mendekorasi kek. Tenaga pengajar mahir menunjukkan cara membuat adunan kek sponge dan menerangkan bagaimana untuk mendapatkan hasil kek yang gebu. Seterusnya, tenaga pengajar mengajar bagaimana cara untuk membuat bahan dekorasi kek dan cara mendekorasi kek yang cantik dan betul.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali