Short Learning Series Mahir Jahit (Alteration : Besar Jadi Muat, Kecil Jadi Selesa)
11 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2026, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 11:30 petang sehingga 12:30 tengah hari di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus pendek Mahir Jahit kali ini adalah “Alteration; Besar Jadi Muat, Kecil Jadi Selesa”. Tenaga pengajar menerangkan bagaimana cara untuk mengukur bahagian pakaian yang hendak di besar atau dikecilkan. Selain itu, peserta juga diberi penerangan bagaimana untuk menggunting dan menjahit semula bahagian yang telah dipotong.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: