Kelas Nadi Mahir Masak Minggu 5 (Penyediaan Pizza Crust & Sauce)
11 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 Febuari 2026, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah secara atas talian iaitu kelas penyediaan pizza crust dan sos. Guru mahir menerangkan cara penyediaan tepung pizza dan sos pizza yang bakal dipelajari pada hari ini. Guru mahir menerangkan langkah-langkah pembuatan pizza crust dan sos. Seterusnya, guru mahir menerangkan bahan-bahan hiasan yang diperlukan di atas pinggan.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: