Webinar Nadi X Wellbeing – Puasa Dan Ubat
11 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 Febuari 2026 , telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Puasa dan Ubat secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Tujuan webinar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti bagaimana cara pengambilan ubat-ubatan ketika berpuasa. Penceramah turut menerangkan ubatan apa yang boleh membatalkan puasa dan ubat apa yang tidak akan membatalkan puasa seseorang individu. Selain itu, peserta juga turut diberi penerangan berkenaan jadual pengambilan ubat mengikut masa yang ditetapkan oleh doktor tanpa meningglakan pengambilan ubat.
Dengan adanya webinar atau program seperti ini, ianya dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti setempat dengan lebih kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: