WEBINAR CYBERSECURITY 101 – PERLINDUNGAN SIBER DAN ANCAMAN PENGGODAM
11 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 May 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Cybersecurity 101 – Perlindungan Siber Dan Ancaman Penggodam. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 10.00 pagi hingga 11.30 pagi.
Tujuan Webinar ini adalah untuk menerangkan kepada peserta cara lindungi diri dalam alam siber dan mengenal pasti ancaman penggodam. Mengenali jenis-jenis ancaman, serta memahami peranan hacker termasuk ethical hacking dan penetration testing.
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi langkah awal dalam memperkasa diri menghadapi cabaran dunia digital yang kian kompleks. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: