KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR (MINGGU 13)

3 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 2 May 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu ke-13. Guru mahir menerangkan mengenai pemasangan peralatan tube dripper, tube pump, tube filter dan tube stopper. Penyediaan dripper iaitu T Joint, tube = 20cm dripper. Selain itu, Guru mahir menerangkan mengenai pemasangan Set Tube, Stopper dan Tube Pump. Akhir sekali, guru mahir menerangkan mengenai network connectivity diagram seperti smart device, cloud server, smartphone with internet access, smart EC/PH/TDS dan smart watering service.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali