WEBINAR NADI X WELLBEING – ADHD BUKAN MALAS. BUKAN SALAH IBU BAPA!

3 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Julai 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – ADHD Bukan Malas. Bukan Salah Ibu Bapa! secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Tujuan webinar ADHD Bukan Malas. Bukan Salah Ibu Bapa! Ini adalah untuk memberi kesedaranbahawa ADHD bukanlah berpunca daripada sikap malas atau kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak, tetapi merupakan gangguan neurodevelopmental yang memerlukan pemahaman, sokongan, dan pendekatan yang betul. ADHD ialah Gangguan Kurang Daya Tumpuan & Hiperaktif (ADHD) Peserta mempelajari Apakah itu ADHD dan bagaimana ia menjejaskan fungsi harian, Mitos & salah faham umum tentang ADHD, Tanda-tanda ADHD di kalangan kanak-kanak, remajadan dewasa, Strategi sokongan di rumah, sekolah dan tempat kerja dan Peranan ibu bapa, guru dan masyarakat dalam membantu individu dengan ADHD.

Webinar ini banyak memberi maklumat dan meningkatkan kefahaman, menyuntikan kesedaran dan mendorong perbincangan sihat tentang topik yang selama ini jarang dibincangkan secara terbuka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali