NADI-NURTURE DILEA : ENGLISH PROFICIENCY (LESSON 13)

19 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Kelas English Proficiency secara atas talian. Kelas ini dikhususkan bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja. Kelas bermula jam 3:30 petang hingga 4:30 petang.

Program NADI Nurture DILEA : English Proficiency ini bertujuan meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris di kalangan pelajar sekolah menengah, terutamanya pelajar tingkatan 4 dan 5. Kelas ini juga dapat meningkatkan kefasihan dan keyakinan dalam komunikasi Bahasa Inggeris. Pelajar diberi keterangan program/aktiviti melalui modul berpandu yang merangkumi bahan pengajaran, rujukan video, penilaian dan maklum balas bagi memastikan pembelajaran yang berterusan.

Program ini juga dapat memperkukuhkan penguasaan bahasa inggeris pelajar dan dapat membantu mereka berjaya dalam peperiksaan dan kehidupan seharian. Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali