WEBINAR NADI X CYBERSECURITY – DARI SERANGAN SIBER KE PEMULIHAN : ASAS TINDAK BALAS INSIDEN & FORENSIK DIGITAL
11 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Julai 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Cyberecurity - DARI SERANGAN SIBER KE PEMULIHAN : asas tindak balas insiden & forensik digital. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Tujuan webinar ini diadakan adalah menerangkan mengenai pendedahan asas kepada individu, organisasi dan petugas ICT mengenai langkah yang perlu diambil apabila berlaku serangan siber serta bagaimana forensik digital digunakan dalam proses penyiasatan dan pemulihan. Objektif webinar ini ialah Memberi kefahaman tentang jenis-jenis serangan siber yang biasa berlaku, Memperkenalkan konsep Incident Response dan kepentingannya, Pengenalan kepada Forensik Digital dalam mengenal pasti punca insiden, Langkah asas pemulihan sistem selepas insiden siber dan kepentingan dokumentasi dan pelaporan insiden secara profesional.
Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta mengembangkan lagi pengetahuan dalam bidang Cybersecurity. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: