WEBINAR NADI NURTURE EKELAS USAHAWAN - MODUL 1: STRATEGI PEMASARAN DIGITAL

8 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2025, telah berlangsung Webinar NADI Nurture eKelas Usahawan - Modul 1: Strategi Pemasaran Digital di NADI secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini anjuran Maxis eKelas.

Tujuan Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan di NADI secara atas talian dijalankan adalah untuk menerangkan kepada usahawan bagi mengukuhkan Strategi Pemasaran iaitu pendedahan kepada usahawan, peniaga kecil dan individu berminat mengenai asas pemasaran digital untuk memperluaskan capaian dan meningkatkan jualan perniagaan secara dalam talian. Usahawan mempelajari Pengenalan kepada pemasaran digital, Strategi pemasaran media sosial seperti didalam Facebook Ads, Instagram, TikTok, Cara membina jenama secara digital dan Tips dan alat bantu pemasaran secara atas talian. Webinar ini banyak memberi maklumat seperti perancangan perniagaan, Asas operasi perniagaan, Pengurusan sumber, Pengurusan masa dan beberapa lagi perisian yang sangat menarik untuk disampaikan kepada para usahawan dan komuniti.

Selain itu, webinar untuk usahawan ini di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali