WEBINAR NADI X WELLBEING – RAHSIA UMUR PANJANG : KUNCI KESIHATAN WARGA EMAS ADA PADA 'CONNECTION'

2 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Julai 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Rahsia Umur Panjang : Kunci Kesihatan Warga Emas Ada Pada 'Connection'secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Tujuan webinar Rahsia Umur Panjang : Kunci Kesihatan Warga Emas Ada Pada 'Connection' ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga emas dan penjaga mereka tentang pentingnya hubungan sosial (connection) dalam menjaga kesihatan mental, emosi dan fizikal warga emas. Kajian menunjukkan bahawa sokongan sosial yang kukuh memainkan peranan besar dalam meningkatkan kualiti hidup dan membantu memanjangkan usia. Melalui webinar ini, peserta akan memahami kaitan antara hubungan sosial dengan kesihatan dan umur panjang, Mengenal pasti tanda-tanda kesunyian atau kemurungan dalam kalangan warga emas, Mempelajari cara menggalakkan interaksi dan sokongan sosial dalam komuniti dan Mendapat panduan praktikal untuk membina “connection” melalui teknologi, aktiviti harian dan peranan keluarga.

Webinar ini banyak memberi maklumat dan meningkatkan kefahaman, menyuntikan kesedaran dan mendorong perbincangan sihat tentang topik yang selama ini jarang dibincangkan secara terbuka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali