PROGRAM MAJLIS PELANCARAN PELAN BANDAR PINTAR NEGERI PERLIS

5 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2025, telah berlangsung Program Majlis Pelancaran Pelan Bandar Pintar Negeri Perlis di Dewan 2020, Persiaran Wawasan Kangar. Program berlansung pada jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Program Majlis Pelancaran Pelan Bandar Pintar Negeri Perlis dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Ramli. Pelbagai pameran dan aktiviti dijalankan seperti pendaftaran ahli NADI, Pemeriksaan Kesihatan Asas termasuk Health Failure Screening, Pameran dan aktiviti perkhidmatan pintar, Sesi Pertandingan E-sports - Pertandingan Mobile Legends (Pertandingan bermula jam 10pagi, peringkat akhir jam 1 petang – 2 petang di Pentas Utama), Mengemukakan 2 orang Usahawan NADI untuk membuka booth di Dewan tersebut.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti dan dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali