KELAS NADI MAHIR MASAK (CARA PEMBUATAN PIE QUICHE)
26 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 March 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Masak Pie Quiche secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Kelas NADI Mahir Masak pada minggu ini adalah secara atas talian menghasilkan Pie Quiche secara atas talian. Peserta tidak perlu membawa bahan-bahan. Cikgu menerangkan mengenai cara penyediaan bahan-bahan dan kuantiti yang diperlukan untuk menghasilkan kulit pastri seperti Butter, Tepung Gandum dan Air Sejuk Berais. Selepas itu, cikgu mahir menerangkan bahan-bahan serta kuantiti yang diperlukan untuk filling ayam cendawan. Akhir sekali cikgu terangkan bahan-bahan serta kuantiti yang diperlukan untuk bahan krim seperti UHT Krim, Telur saiz A atau B dan Cheddar Cheese.
Melalui kelas ini, cikgu menerang dan menunjukkan satu persatu kepada peserta supaya senang memahami. Peserta diberi resepi, tips dan rahsia dalam menghasilkan Pie Quiche supaya lebih sedap dan mudah. Dengan adanya kelas mahir masak ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: