WEBINAR NADI X KESEDARAN SAFE & SHIELD – MARI ELAK CYBER GROOMING
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 MAC 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Kesedaran Safe & Shield – Mari Elak Cyber Grooming secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 11:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Peserta yang terlibat ialah dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Seminar ini disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib dari Universiti Utara Malaysia (Pusat Pengajian Teknologi).
Tujuan webinar ‘Mari Elak Cyber Grooming’ ini adalah untuk melindungi anak-anak dari ancaman cyber grooming. Pelajar dapat mengetahui taktik yang digunakan oleh penjenayah siber dan bagaimana untuk mengelakkan risiko ini. Dalam era digital yang semakin berkembang, cyber grooming menjadi salah satu cabaran utama yang boleh memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan mental dan emosi individu, terutamanya gologan muda. Para pelajar harus memahami konsep cyber grooming, bentuknya, dan impak terhadap mangsa. Selain itu, para pelajar mesti mengenali tanda-tanda cyber grooming. Mendidik peserta mengenalpasti mangsa dan pelaku. Memberikan Langkah Pencegahan seperti menyediakan panduan keselamatan siber dan etika dalam penggunaan internet. Pelajar juga diberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil jika menjadi mangsa cyber grooming.
Webinar ini banyak memberi maklumat tentang keselamatan dan motivasi kepada pelajar. Semoga webinar ini memberi manfaat kepada pelajar untuk berhati-hati dalam penggunaan internet supaya tidak menjadi mangsa buli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: