WEBINAR KESELAMATAN SIBER DALAM E-SPORTS : LINDUNGI AKAUN DAN REPUTASI ANDA
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mac 2025, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Webinar Keselamatan Siber Dalam E-Sports : Lindungi Akaun Dan Reputasi Anda yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Bengkel ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi.
Webinar Keselamatan Siber Dalam E-Sports : Lindungi Akaun Dan Reputasi Anda dijalankan bertujuan untuk menerangkan mengenai dunia eSport dalam dunia digital. Dunia e-Sport bukan sekadar tentang skill permainan, tetapi juga keselamatan dan taktik mengelakkan akaun daripada digodam. Pihak Cybersecurity menerangkan mengenai kes-kes pengodaman dalam kalangan pemain esports yang semakin bertambah. Selain itu, pihak Cybersecurity menerangkan kepentingan keselamatan siber dalam esport. Ancaman yang sering terjadi seperti serangan terhadap akaun pemain profesional (pencurian data), masalah penipuan atau manipulasi hasil pertandingan dan pelbagai lagi. Cara menguruskan identiti digital dan mengelak penipuan dalam pemainan.
Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru tentang cara untuk melindungi akaun semasa menggunakan permainan esports serta mengembangkan lagi pengetahuan dalam bidang keselamatan siber dalam esport.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: