PROGRAM BERSAMA KOMUNITI MADANI (MINGGU 1)

9 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2025, telah berlangsung Program Bersama Komuniti Madani bertempat di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kampung surau. Program ini berlangsung pada jam 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Seramai 7 orang Komuniti Madani yang hadir dari kawasan Tambun Tulang dan Chantek Bangun. Turut serta bersama JPEN dan juga MCMC Perlis.

Program pada minggu ini ialah perkenalan kepada laman web komuniti madani iaitu MySejatiMADANI. Sebelum ‘log in’ komuniti mestilah mempunyai email sendiri. Staff NADI membantu komuniti untuk membuat email. Selepas itu, komuniti boleh mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan untuk memasuki laman web berkenaan. pengenalan disampaikan oleh Pengurus NADI Kampung Surau. Beliau mempekenalkan skop, fasiliti dan program/aktiviti yang NADI jalankan. Selain itu, terdapat 5 perkhidmatan pintar NADI (Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan). Aktiviti yang berlansung pada petang tersebut ialah Pendaftaran Keahlian NADI Kampung Surau, Pendaftaran ahli baru bagi Komuniti Madani yang hadir, Pemeriksaan Kesihatan serta Penerangan dan pendaftaran untuk akses portal jaringan komuniti Madani, sebagai platform utama pengurusan dan perkongsian maklumat.

Pengurus NADI, Pegawai JPEN dan MCMC Perlis akan menjalankan program bersama Komuniti Madani bagi mengadakan kelas Latihan Asas ICT pada setiap bulan. Program ini diadakan bagi menambahkan ilmu serta membantu komuniti mahir dalam pengunaan komputer. Semoga NADI Kampung Surau dapat menjadi sebuah pusat sehenti utama (one-stop centre) dalam membantu menyumbang kepada komuniti setempat bagi mengembangkan dan meningkatkan nilai diri dari aspek ilmu, kemahiran, pendapatan dan kemajuan teknologi semasa. 'Majulah NADI Untuk Komuniti'.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali