KELAS KESEDARAN E-SUKAN MELALUI SISTEM LMS

7 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mac 2025, petugas NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Kelas Esport (LMS). Kelas Esport diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kelas ini bermula jam 2:30 petang hingga 4:30 petang.

Objektif Kelas Kesedaran E-Sukan Melalui Sistem LMS (Learning Management System) di jalankan kepada peserta adalah untuk memberi pendedahan tentang e-sukan dan potensinya, menjelaskan kepentingan keseimbangan antara e-sukan dan kehidupan harian dan menggalakkan etika positif dalam komuniti e-sukan. Terdapat beberapa video yang wajib ditonton antaranya Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) Teras 1 ,Teras 2, Kerjaya Dalam Bidang E-Sukan dan Kesihatan & Kesejahteraan. Selain itu, para peserta juga melengkapkan sesi kuiz dan maklum balas bagi melayakkan untuk mendapat sijil digital.

Kelas Kesedaran E-Sukan Melalui Sistem (LMS) ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran mengenai e-sukan, tetapi juga membuka peluang kepeada peserta untuk menerokai masa depan dalam industri yang semakin berkembang ini. Selain itu, kelas seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali