Sesi Libat Urus Berkenaan Penyelarasan Program Komuniti MADANI di NADI
25 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2025, telah berlangsung Sesi Libat Urus Berkenaan Penyelarasan Program Komuniti Madani di NADI bersama petugas NADI secara atas talian. Sesi taklimat ini berlangsung pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Sesi Libat Urus Berkenaan Penyelarasan Program Komuniti Madani di NADI ini dianjurkan dari Jabatan NADI Bahagian Pemberian Perkhidmatan Sejagat.
Tujuan Sesi Libat Urus Berkenaan Penyelarasan Program Komuniti Madani di NADI bersama petugas NADI secara atas talian dijalankan adalah untuk menerangkan kepada petugas mengenai program yang akan dijalankan bersama Komuniti Madani. Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti Latihan Kemahiran Asas ICT, Kesedaran Keselamatan Dalam Talian dan sebarang topik Perkhidmatan Pintar Nadi berdasarkan keperluan komuniti Madani setempat.
Taklimat ini banyak memberi maklumat tentang program-program yang akan dilaksanakan dan dikendalikan oleh pengurus dan penolong pengurus NADI. Semua program yang akan dilaksanakan melibatkan komuniti Madani dan makanan akan disediakan oleh NADI. Dengan adanya Sesi Libat Urus Berkenaan Penyelarasan Program Komuniti Madani di NADI ini, ianya dapat membantu petugas mendapatkan maklumat dan membincangkan program yang akan dilaksanakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: