Staff Training Workshop Module: Tiny Techies (HTML & PYTHON)

21 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2025, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri Staff Training Workshop Module: Tiny Techies (Html & Python) yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kursus bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang.

Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik dalam HTML & Python yang dibincangkan. Peserta terdiri daripada petugas NADI. Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan dan mempelajari cara membina laman web dengan menggunakan Kit HTML dengan mengumpulkan semua kod yang diperlukan untuk membina laman web yang dikehendaki. Kit Python adalah untuk peserta belajar konsep pengaturcaraan dengan memadankan kad dengan output yang dikehendaki.

Selain itu, peserta perlu membuat ulangkaji bersama team Future Skills For All dan menyiapkan tugasan dan kuiz yang diberikan. Kursus ini sangat memberi manfaat dan pelajaran untuk para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali