Kelas NADI Mahir Foto (Sesi 1 - X)
20 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus pada minggu ini ialah memberi pemahaman asas kepada peserta mengenai apa itu editing. Menerangkan jenis – jenis aplikasi yang boleh digunakan untuk penyuntingan gambar seperti Snapseed dan Adop Light Room. Selepas itu guru mahir memberikan tugasan penyuntingan menggunakan aplikasi yang diberikan.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu peserta untuk menjadi usahawan dan meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: