SESI Taklimat Penyelarasan Kerjasama Strategik antara Komuniti MADANI & NADI

17 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2025, telah berlangsung Sesi Taklimat Penyelarasan Kerjasama Strategik Antara Komuniti Madani & Nadi bersama petugas NADI secara atas talian. Taklimat ini berlangsung pada jam 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Tujuan Sesi Taklimat Penyelarasan Kerjasama Strategik Antara Komuniti Madani & Nadi bersama petugas NADI secara atas talian dijalankan adalah untuk menerangkan kepada petugas mengenai program yang akan dijalankan bersama Komuniti Madani. Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti Latihan Kemahiran Asas ICT (maksimun 10 orang komuniti Madani setiap sesi), Kesedaran Keselamatan Dalam Talian dan sebarang topik Perkhidmatan Pintar Nadi berdasarkan keperluan komuniti Madani setempat.

Taklimat ini banyak memberi maklumat tentang program-program yang akan dilaksanakan dan dikendalikan oleh pengurus dan penolong pengurus NADI. Semua program yang akan dilaksanakan melibatkan komuniti Madani dan makanan akan disediakan oleh NADI. Dengan adanya sesi taklimat penyelarasan kerjasama strategik antara komuniti Madani & NADI bersama petugas NADI ini, ianya dapat membantu petugas mendapatkan maklumat dan membincangkan program yang akan dilaksanakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali