Kelas NADI Mahir Foto (Studio Lighting dalam Fotografi)

13 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus ini diperkenalkan untuk memberi pemahaman asas kepada peserta mengenai konsep dan teknik fotografi dan video menggunakan telefon pintar. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari cara mengendalikan video menggunakan telefon pintar serta memahami teknik lighting yang tepat proses penyuntingan yang berkualiti. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik penggambaran seperti menangkap pergerakan, close-up, pemandangan, dan lain-lain teknik fotografi yang relevan.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali