Kelas NADI Mahir Masak (Pembuatan Mocktail)
6 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 5 Januari 2025, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 petang sehingga 10:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah secara praktikal menghasilkan Air Moktail. Peserta membawa bahan-bahan untuk pembuatan Air Mocktail. Peserta diajar bersama chef dalam menghasilkan air Mocktail. Selain itu, peserta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dan minuman, masakan dengan pembelajaran berkaitan sanitasi dan keselamatan. Peserta juga diajar resepi masakan barat dan nyonya, pembuatan roti dan pastri serta minuman coffee.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: