KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR (MINGGU 12)

26 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu ke-12. Guru mahir mengadakan kelas ulangkaji dan penerangan pengenalan asas tanaman. Guru mahir menerangkan apa itu Fertigasi, takrif, keperluan asas dan aplikasi. Selain itu, guru mahir menerangkan kelebihan dan kekurangan fertigasi dan keperluan baja untuk fertigasi.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali