KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR (MINGGU 11)

19 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu ke-11. Guru mahir menerangkan mengenai pengurusan ladang dan sistem sokongan pertanian. Selain itu, guru mahir memberi penerangan mengenai fungsi pengurusan seperti merancang, menyelaras, perjawatan, mengarah dan mengawal. Penerangan mengenai perniagaantani dan menerangkan mengenai impak perubahan cuaca contohnya produktiviti, kesan alam sekitar, serangga perosak, penyakit tumbuhan dan sumber air.

Dengan adanya kelas mahir pertanian ini dapat membantu pelajar memahami teknik pertanian moden dan mesra alam, sekaligus meningkatkan kecekapan mereka dalam bidang ini. Selain itu, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali