WEBINAR NADI X WELLBEING – NEUROPLASTISITI: OTAK TAK STATIK, BOLEH ‘RESET’ & BELAJAR SEMULA! | W078

30 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Neuroplastisiti: Otak Tak Statik, Boleh ‘Reset’ & Belajar Semula! secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Tujuan penganjuran Neuroplastisiti: Otak Tak Statik, Boleh ‘Reset’ & Belajar Semula! secara atas talian ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep neuroplastisiti dan bagaimana otak mampu berubah serta menyesuaikan diri. Meningkatkan kesedaran bahawa otak manusia tidak statik dan sentiasa boleh dilatih untuk menerima ilmu, kemahiran dan tabiat baharu. Membimbing peserta memahami cara praktikal untuk ‘reset’ corak pemikiran lama yang negatif dan menggantikannya dengan tabiat yang lebih sihat. Menggalakkan gaya hidup sihat yang menyokong perkembangan otak seperti tidur cukup, senaman, pemakanan seimbang dan pengurusan stres. Memberikan inspirasi bahawa umur bukan penghalang untuk belajar, berubah, serta meningkatkan potensi diri melalui kuasa otak yang fleksibel.

Webinar ini diharap dapat menggalakkan gaya hidup sihat serta faham bahawa otak sentiasa boleh berubah dan berkembang. Meningkatkan motivasi seperti memberi semangat untuk membuang tabiat lama yang negatif dan membina tabiat baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali