KELAS NADI MAHIR MASAK (MINGGU 6)
30 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 29 Ogos 2025, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah secara praktikal menghasilkan korean garlic cheese bun. Cikgu menerangkan cara penyediaan bun serta tips supaya menjadi gebu. Seterusnya cikgu memberi tugasan kepada pelajar cara penyediaan mocktail atau kopi, tugasan mestilah mengikut format yang diberikan dan dihantar didalam MTS. Cikgu menerangkan kelas untuk minggu 8 iaitu pembuatan pizza base dan sos pizza. Cikgu memberi resepi serta bahan yang perlu dibawa.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: